Alhamdulillah, sempena Majlis Sambutan Gema Awal Muharam 1448 Hijrah, warga SMK Dato’ Dol Said telah berpeluang mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Amirul Fadzly Bin Jamil Al Hafiz. Ceramah yang penuh dengan pengisian dan peringatan ini mengajak seluruh warga sekolah untuk menghayati makna hijrah serta memperbaharui azam dalam membentuk peribadi yang lebih cemerlang dari aspek ilmu, akhlak dan sahsiah.
Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik serta memperkukuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
✨ “Hijrah Membawa Rahmah, Membina Ummah.”