Pertandingan Akhir Bintang Irama Malaysia & Bintang Pop 2025
Majlis penuh meriah ini telah berlangsung semalam di Centre Court, AEON Mall Bandaraya Melaka sempena Rekayasa Kesenian Negeri Melaka 2025 pada 24 September 2025.
Acara dianjurkan oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama SK Duyong & SMK Dato’ Dol Said selaku pihak pengelola.
SMK Dato’ Dol Said berbangga diwakili oleh pelajar berbakat D’Adra Amanda binti Mohd Hannif dari kelas 3 Alfa.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada AEON Mall Bandaraya Melaka selaku penaja lokasi dan semua urusetia yang telah menjayakan program ini.